Thursday 18 July 2013

Mana Payung Emas aku???



Salam,

Kaum Adam da pergi semayang Jumaat? Belum? Takpe take your time.
Sebelum semayang Jumaat ni saya nak sentuh sikit pasal Payung Emas bagi isteri pertama di syurga.

Bila isu Asyraf Muslim kahwin lari di Thailand baru-baru ni timbul, maka banyak la mulut-mult yang mengata itu ini. Tak kurang juga ada yang bagi alasan 'ala apalah Dayana nak kecoh sangat, nanti dia dapat Payung Emas di Syurga.'

Disini saya nak tegaskan, tiada mana-mana hadis hatta ayat Al-Quran sekalipun yang mengatakan seorang isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi itu akan dikurniakan payung emas di syurga kelak. TIADA.
Kalau adapaun hadis tersebut, ia mestilah hadis palsu atau hadis yang sangat-sangat lemah sehingga tiada perawi2 hadis sebelum ini pernah meriwayatkan hadis tersebut.

Apa yang kita fahami sebenarnya ialah mungkin 'payung emas' yang dikatakan itu adalah metafora kepada kuasa isteri pertama yang diberikan oleh suaminya untuk mengatur perjalanan kehidupan bermadu seharian. But then again, this depends on different cultures.

Jadi, ingin saya tegaskan sekali lagi disini, tiada wahyu yang mengatakan isteri pertama yang membenarkan suaminya berpoligami itu akan dikurniakan payung emas. Jangan membuat hadis baru ye. Bahaya. Berdosa besar. Jangan sebarkan juga kalau x tahu.

P/S: I should know. My mother was also said to have that 'GOLDEN UMBRELLA'.

No comments:

Post a Comment